PDA

View Full Version : Info: Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)


leolsq
09-02-2010, 04:22 PM
Peeps who are interested in KPLI, these are the infos. :) I got it from http://www.moe.gov.my/index.php?id=93

I don't know how to start, but anyways, feel free to ask any questions :wink I'm always ready to share :nod
and by the way, go to BSN to buy the pin number, its only RM6 :P

Closing date : 28/03/2010



Laluan Perguruan

KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:

i. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)
Program KPLI ini ditawarkan kepada pemohon yang memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi guru di sekolah rendah mengikut bidang yang ditawarkan. Kursus 1 tahun ini ditawarkan bagi pengambilan Februari dan Julai pada setiap tahun. Unjuran pengambilan pelatih bagi program ini adalah berdasarkan keperluan guru semasa dan contoh bidang program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;
? Bahasa Melayu
? Bahasa Inggeris
? Bahasa Cina
? Bahasa Cina (Sekolah Kebangsaan)
? Bahasa Tamil
? Bahasa Tamil (Sekolah Kebangsaan)
? Matematik
? Pendidikan Islam
? Sains
? Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
? Pendidikan Seni Visual
? Kemahiran Hidup
? Pendidikan Jasmani
? Bimbingan
? Pemulihan
? Pengajian Sosial
? Pendidikan Muzik
ii. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :


Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Sains
Matematik
Pengajian Sosial
Pendidikan Islam
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Muzik
Pemulihan
Bimbingan
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/ Penglihatan)



iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :
Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language
Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.

v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.


vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:
Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ? - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;
? Bachelor of Science (Honours) ? Physics
? Bachelor of Science (Honours) ? Mathematics
? Bachelor of Science (Honours) ? Biology
? Bachelor of Science (Honours) ? Chemistry
? Bachelor of Science (Honours) ? Clinical Speech Therapy
? Bachelor of Science (Honours) ? Occupational Health Therapy
? Bachelor of Science (Honours) ? Audiology
? Bachelor of Science (Honours) ? Clinical Psychology


SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM
Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.
b) Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.
c) Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :
? Bahasa Melayu
? Bahasa Inggeris
? Sejarah
? Matematik atau Matematik Tambahan
? Biologi atau Fizik atau Kimia atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan
? Satu mata pelajaran yang lain
d) Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).


e) Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

f) Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis. Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

g) Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

h) Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat.Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL).

i) Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

j) Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

k) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

l) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran.

SYARAT DAN KELAYAKAN KURSUS KPLI

a. Warganegara Malaysia

b. Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Jun 2009 iaitu lahir selepas 1 Jun 1974.
c. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.

d. Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.

e. Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).

f. Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.

g. Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

h. Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

i. Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MEMOHON

i. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut: http://www.moe.gov.my (http://www.moe.gov.my/)
Permohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

iii. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

iv. Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

v. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.



vi. Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



vii. Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.



viii. Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.



ix. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

Judith
09-02-2010, 09:14 PM
may i know more about the vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara
1.How to apply for this?
2.Do we need to get interview for this?
3.Is there any sponsorship given to those who are chosen for the programme?
4.How many years do we have to work with the government?
5.How many people are picked up for each course?
thank you !!

X-FaR
09-02-2010, 10:09 PM
Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM)

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2010.

Pelajar lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru boleh memohon secara atas talian untuk mengikuti KPLSPM. Pemohon yang berjaya melalui syarat-syarat awal kursus akan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Program ini merangkumi kursus persediaan selama satu tahun enam bulan dan latihan perguruan selama empat tahun. Pada akhir pengajian, pelatih yang berjaya akan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dalam bidang yang dipilih.
Program Latihan
Kementerian Pelajaran hanya menawarakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi KPLSPM Ambilan Jun 2010 ini.
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti dan lulus Kursus Persediaan selama satu tahun enam bulan di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun di Institut Pendidikan Guru untuk Pendidikan Rendah.

Syarat Asas
Warganegara Malaysia.
Umur tidak melebihi 20 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990.
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Sejarah
Satu mata pelajaran yang lain serta;
Lulus Bahasa Inggeris
Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Ujian INSAK
Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK.
Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Cara Memohon

Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2010 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian (http://www.moe.gov.my/?id=160&act=appli) Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2010 (http://apps.emoe.gov.my/kplspm/kplspm_jun_2010/index.cfm).

starlemon
10-02-2010, 04:26 PM
may i know more about the vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara
1.How to apply for this?
2.Do we need to get interview for this?
3.Is there any sponsorship given to those who are chosen for the programme?
4.How many years do we have to work with the government?
5.How many people are picked up for each course?
thank you !!

i hope i am still eligible to answer you though it has been a few years ago since i apply it for the very first time.

1.You may browse through the site as listed by thread starter.
2.Yes, interview is a must. besides that, u may need to sit for INSAK test as well.
3.Yes, you will be fully sponsored( full scholarships) once you get shorlisted for this programme.
4.if not mistaken , it should be 8 years. At least 8 years gov bond for those under TESL.
5.during my time, only 150 places are allocated for this programme(PPC), but for TESL, it is 500 places, but i think now they do not twin with other overseas universities, instead will be done at IPG locally( Correct me if i am wrong).. But do bear in mind that the intake may have changed from time to time depend on BPG itself.

You may refer to other threads that have been discussing this KPLSPM scholarships before. try to search for ' KPLSPM' for the existing threads.

Cheers! =)

starlover
10-02-2010, 05:29 PM
may i know more about the vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara
1.How to apply for this?
2.Do we need to get interview for this?
3.Is there any sponsorship given to those who are chosen for the programme?
4.How many years do we have to work with the government?
5.How many people are picked up for each course?
thank you !!

I think starlemon has already answered your question :amuse

Buy the pin number at BSN, then you use it to apply online once the registration is opened.
Interview, of course. Full sponsorship, 8 years bond.

As I know, KPM sends their scholars to KYUEM and INTEC. I can say, they sponsored quite a lot of students. ( I think only students doing chemistry will go to INTEC, the rest of them are here in KYUEM ). Maybe..100 or less

Nicholasng925
10-02-2010, 06:05 PM
I think starlemon has already answered your question :amuse

Buy the pin number at BSN, then you use it to apply online once the registration is opened.
Interview, of course. Full sponsorship, 8 years bond.

As I know, KPM sends their scholars to KYUEM and INTEC. I can say, they sponsored quite a lot of students. ( I think only students doing chemistry will go to INTEC, the rest of them are here in KYUEM ). Maybe..100 or less

The registration is now opened and i can start applying it now. However, I still not that understand about the Program Penghantaran Pelajar2 Cemerlang ke Luar Negara. From what i understood, this program need interview and the priority is given to those excellent, well-rounded students and those who scored B3 or above in their GCE O-Level 119 English. What is the list of courses they'd send me to if i'm interested in teaching maths? Is it including actuarial science, maths and statistics? And where'd they send me to? :)

leolsq
10-02-2010, 06:19 PM
According to my teacher, she said what you will be teaching is not exactly what course you pick ><

And they might send you to rural areas, since you're the "new" teacher to get experience.

If you finish PHD in your course, you can teach in the maktab..

The courses.. should be this..

vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:
Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ? - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;
? Bachelor of Science (Honours) – Physics
? Bachelor of Science (Honours) – Mathematics
? Bachelor of Science (Honours) – Biology
? Bachelor of Science (Honours) – Chemistry
? Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy
? Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy
? Bachelor of Science (Honours) – Audiology
? Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology

The requirement is very minimum, you just have to get credit ><

BattleBoyz
10-02-2010, 11:11 PM
Does anyone have the list of countries and universities we will be sent to if we get the scholarship for program penghantaran pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara?

leolsq
11-02-2010, 02:29 PM
Does anyone have the list of countries and universities we will be sent to if we get the scholarship for program penghantaran pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara?

Manakala Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara Bagi Perkhidmatan Pendidikan (PPC) pula, para pelajar diwajibkan mengikuti kursus persediaan dan A-Levels di beberapa institusi seperti International Education Centre, UiTM; Institut Kajian Liberal, UNITEN; Kolej Matrikulasi United Engineers Malaysia dan Kolej Mara Banting. Mereka kemudiannya akan dihantar ke beberapa universiti terkemuka luar negara untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas. Antara univerisiti tersebut ialah University of Canterbury, Christchurch; University of Auckland; Victoria University of Wellington, Massey University serta beberapa universiti lain UK.

overseas universities in MOE list/ placement are:
(UK)
UNIVERSITY OF CAMBRIDGE
UNIVERSITI OF EDINBURGH
UNIVERSITY OF DURHAM
UNIVERSITY OF SHEFFIELD
UNIVERSITY OF LEEDS
UNIVERSITY OF SOUTHAMPTON
UNIVERSITY OF WARWICK
UNIVERSITY OF MANCHESTER
College of St. Mark And St. John (MARJON)
and others

(NZ/AUS)
University of Canterbury, Christchurch
University of Auckland
Victoria University of Wellington
Massey University
Queensland University of Technology, Australia
Macquarie University, Australia



Thats all I can find. :-|

dennisssj
12-02-2010, 05:16 PM
wait.. KPLI and KPLSPM is different. This thread title should be KPLSPM instead of KPLI. KPLI is for those who already have 1st recognised degree but wish to become a primary school teacher after undergoing one year full time training.

budakkerek
14-03-2010, 11:55 AM
Usually after you finish ur bachelor, you're required to come back to msia and not able to further your studies like up to masters or phd level. This can only be done after you have served at least 3 years (usually) at schools.

As per posting, well, what happened to our batch (refer to my profile page for info tho) was that we were sent all over because placement is not based on where we want to go but based on quota that the MOE needs to fill at the time of our postings.

So, if you get sent to rural areas, I say go. If you get sent to a diff state far from home, I still say go. I got sent to JOhor but my hometown was in Penang, i even went to Putrajaya and asked whether I could get it changed but was turned down (not too politely) so i went, served and now it's my 3rd year here and cant say tho JB is not quite the place I ever pictured myself living in it does have its charms.

So, apply, accept, study, then come back and serve. Because without the scholarship you will not become who you are, and you do owe it to the ppl of Msia to serve and share what you know. It's not that long tho, only 4 years, PSD is 10 years i think.
you're more than welcome to ask me.

ling910520
14-03-2010, 12:53 PM
hey i am spm 2008 batch , apply last year but somehow i did somethings wrong when filled in the form so am i still eligible to apply for this year?

budakkerek
14-03-2010, 01:06 PM
how old are you, dear? if you read the age requirement it should be okay.

when i applied for mine back in 2002, a few of my classmates were 2 years older than me, but it was okay since they were within the age reqs. you gotta check the reqs first, i think its in the 1st page of this thread. g luck!

JoannaLing
25-03-2010, 06:15 PM
Can you guys choose the PPC program??? I can't find it though the Panduan has it and the Info there says you can choose the program...
RM 6 Burnt if no PPC... =.=

nice999
12-07-2010, 07:32 PM
Is there still have allowance during period waiting for posting?

selasih
31-01-2012, 05:32 PM
i want to know about the different between kursus perguruan ijazah sekolah rendah and kursus ijazah sekolah menengah?if i want to become a lecturer in sekolah menengah.does it same procedure like to become teacher in sekolah rendah?