PDA

View Full Version : THE IDEA OF A UNIVERSITY


Liney
30-11-2004, 11:39 AM
THE IDEA OF A UNIVERSITY

TEKS UCAPAN OLEH Y. BHG. PROF. DATO? DZULKIFLI ABDUL RAZAK,
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DI MAJLIS PERASMIAN BENGKEL ?THE IDEA OF A UNIVERSITY? PADA 27 NOVEMBER 2004
DI HOTEL EQUATORIAL, PULAU PINANG
Y. Bhg. Dato? Dr. Mohd Yahya Nordin
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Dato? Dr. Lin See-Yan
Pro Canselor, Universiti Sains Malaysia

Y. Brs. Dr. Ismail Jamaluddin
Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar
Jabatan Pendidikan Tinggi

Y. Bhg. Dato? Prof. Emeritus K. J. Ratnam

Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato? Dr. Khoo Kay Kim

Y. Bhg. Dato? Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid

Y. Bhg. Al?Fadil Ustaz Muhammad ?Uthman El-Muhammady

Rakan NC/Rektor serta wakil-wakil universiti dan kolej universiti,
Ketua-ketua jabatan, Dekan-dekan dan hadirin yang dimuliakan, dan rakan media

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah rahmat-Nya kita dapat bersama-sama pada majlis perasmian bengkel ?The Idea of a University: issues, challenges and way forward? yang bermakna ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan Y.Bhg. Dato? Dr. Mohd Yahya Nordin, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Saya juga ingin mengucap terima kasih di atas kesudian beliau merasmikan majlis pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kepada semua pembentang kertas kerja kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam bengkel ini.

Pada pagi ini, saya berasa amat bertuah kerana USM berpeluang menganjurkan bengkel ini dan dapat bersama-sama dengan wakil-wakil Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Pada ingatan saya ini adalah adalah julung-julung kali seminar seumpama ini dianjurkan dengan berbagai-bagai pihak bersama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman tentang sebuah ide yang penting yakni sebuah universiti. Walau pun ramai yang maklum tentang apa itu sebuah universiti, namun kita tidak terperanjat jika tidak ramai yang sebenarnya tahu apa lagi menghayati apa yang dimaksudkan dengan istilah ?universiti.?

Ini memandangkan bahawa universiti mempunyai keunikan dan cirinya tersendiri yang agak berbeza dengan banyak organisasi lain sejak universiti pertama ditubuhkan berkurun-kurun lamanya. Apa lagi jika diambilkira dengan perkembangan semasa.

Bak kata Profesor Hans van Ginkel, Rektor United Nations University dan Under-secretary United Nations, dan juga mantan Presiden, International Association of Universities, sebuah pertubuhan berkaitan UNESCO; kata beliau dalam kertas kerja Re-thinking the University for the XXIst Century di International Barcelona Conference in Higher Education, Oktober lalu:

??the reality is the universities has become far too complex for detailed government involvement in the regular management and administration of the universities. Indeed, over the last ten years, even in state universities, the tendency to become both more independent and more entrepreneurial has become more marked.?

Ini ternyata hakikatnya bagi universiti di negara-negara maju yang sering dijadikan tanda aras untuk diteladani di merata dunia. Ini adalah salah satu isu penting bagi menetapkan ?ides?dan ?ideals? untuk sebuah universiti. Harvard University, misalnya yang ternyata terbaik di seluruh dunia mempunyai pengertian tersendiri sebagai sebuah universiti terulung. Kita berbangga kerana Ybhg Tan Sri Lin yang ada bersama kita untuk memberikan penerang ?first-hand? tentang perkara ini.

Apa yang perlu diperjelaskan adalah apabila kita menggunakan istilah yang sama seperti ?universiti? adakah aspirasinya perlu juga sama? Dan lebih daripada itu cara dan gaya mencapai aspirasi itu perlu juga seakan sama. Ambil misalnya istilah ?football? ? apa yang difahami di Amerika Syarikat dan Malaysia tidak semestinya sama. Malah cukup berbeza, dari segi cara dan gaya permainan. Begitu juga penilaian menang kalahnya. Oleh yang demikian juara ?football? di Amerika Syarikat dan juara ?football? di Malaysia tidak boleh disamakan. Selagi ?idea? dan ?ideals?nya tidak sama, mustahil Malaysia akan menjuarai pertandingan ?football? di Amerika Syarikat.

Halnya sama dengan istilah ?universiti.? Apabila universiti di Malaysia digesa ?meniru? Harvard University atau mana-mana universiti, perkara pertama yang harus ditentukan sama ada ini wajar dilakukan. Adakah tidak kita membandingkan antara oren denga apel? Kalau ya, semua universiti di Malaysia perlu mengambil maksudnya tersendiri dalam acuan negara Malaysia. Risikonya mungkin kita akan lebih sukar menandingi yang lain mengikut norma antarabangsa.

Oleh itu, bengkel ini amat penting bagi kita untuk memperjelaskan hasrat, matlamat, imej dan peranan institusi pengajian tinggi, universiti khasnya, sebelum sebutan bersiang diperingkat global dapat dihayati sepenuhnya.

Dalam masa dunia kini menuju ke arah era di mana pengetahuan amat dititikberatkan sebagai satu sumber pembangunan yang penting, tekanan kepada universiti menjadi semakin bertambah kerana ia merupakan penjana modal insan dan intelektual yang diperlukan oleh negara. Oleh kerana tidak seperti sumber mentah yang sering diproses dengan baik melalui kaedah ?assembly-line? kaku (seperti anjuran ISO misalnya), memproses ilmu pengetahuan memerlukan apa yang sering diistilahkan sebagai ?the spirit of inquiry which is curiosity-driven. Jika pendekatan ?assembly-line? tidak toleransi kepada kesilapan atau kesalahan, pendekatan ?inquiry? sering berhadapan dengan kesilapan dan kesalahan sebagai satu proses pembelajaran melalui kajian dan penyelidikan, bukan semata-mata hafazan dan luahan semula. Namun universiti sering dianggap sebagai sebuah kilang ?assembly-line? ? malah kini desakan meningkat ?produk? universiti disesuaikan terus untuk industri yang telah lepas tangan untuk melatih ataupun membimbing para pekerja.

Sedangkan hakikatnya, separuh-hayat ilmu kini bertambah pendek didorong oleh pembaharuan yang agak cepat lagi universal. Sebuah makalah dalam Harvard Business Review menyarankan bahawa ilmu pengetahuan akan berlipat ganda setiap tujuh (7) tahun. Natijahnya, bagi bidang teknikal khasnya, separuh apa yang dipelajari pada tahun pertama di universiti akan menjadi ?basi? apabila pelajar berijazah. Begitu juga dengan kurikulum, dan pelan strategi yang menjadi ?basi? dengan begitu pantas seelok saja ianya dicatatkan untuk dilaksanakan, mengikut penulisan. Ada yang meramalkan bahawa Hukum Moore bagi mikroelektonik akan menjadi kenyataan dalam dunia pendidikan lambat laun.

Sebab itu, kata Lawrence Summers, presiden Havard University tentang universiti hari muka:

?...one that works best when they are driven by the authorities of ideas, not the idea of authority; one that seeks eternal truths, not transient reflections, and one where students are thought not specific facts, but broad ways of thinking .? Maka tidak hairan dinegara-negara maju lagi sekali, universiti diberi autonomi institusi dan akademiknya sendiri untuk membuat percaturan sebaiknya memandangkan mereka lebih arif tentang persaingan yang dihadap asalkannya saja kerangka dan dasar kerajaan dipatuhi.

Kalau boleh petik kata Prof. Hans van Ginkel lagi sekali:

?University autonomy and academia freedom have been granted to universities to be able to contribute in truly innovative ways to the future of society, to best benefit and interest of society! All societies that have forgotten this crucial truth about universities have ultimately suffered decline. Institutional anatomy and academic freedom will again be crucial in the preparation of present generations for the ?new? world they will live in, appealing to the best of all capacities, including creativity and imagination.?

Pendek kata universiti sebagai sebuah 'School of Universal Learning' mesti diyakini sebagai tempat di mana budaya pemikiran kreatif dipupuk, ide diperdebatkan, persoalan diketengahkan, kelemahan dan kesilapan dikenalpasti, dan akhirnya penemuan baru diiktiraf dan di beri penilaian sewajarmya sebagai sumbangan penting. Sumbangan ini mungkin tidak ketara (bukan seperti produk kilang) namun tanpanya industri sendiri tidak akan wujud. Tapi sayangnya universiti kini tidak dianggap sepenting industri melainkan universiti itu sendiri dijadikan industri sepertimana sekarang ini; dan sekali gus melunturkan tradisi dan peradaban ilmu yang dibina sejak berzaman. Sekarang ini yang sasarkan ijazah (khususnya yang mempunyai pasaran ) bukan ilmu (khususnya yang tiada pasaran seperti umumnya bidang kemanusiaan, budaya dan seni). Justru itu ilmu kita agak pincang.

Baru-baru ini Putera Charles sendiri menegur dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada ahli-ahli yang menghadiri acara pembukaan mesyuarat tahunan 2004 Association of Colleges di Birmingham , bahawa terlalu banyak penekanan pendidikan modern dipacu komputer menjadikan pelajar ?robot yang lebih baik? bukan manusia yang suka bertanya. Kata beliau:

?We truly blossom as a society when we accept that there is no prize more valuable than the joy and self-esteem associated with, for example, the mastering of a skill, the defeat of a mental obstacle, or the sensation of having one?s eyes opened to the beauties of literature, mathematics and science.?

Malangnya, sekarang ini ?there is a price-tag for everything.? Pasaran menjadi satu ?perkataan? yang banyak mempengaruhi aliran pendidikan hari ini. Sekiranya organisasi bimbang dengan pengaruhi politik wang, di universiti kita semakin khuathir dengan apa yang boleh di anggap sebagai ?akademik wang.? Maksudnya wang akan menilaikan kepentingan sesuatu ilmu itu; dan sekali gus, pekerja ilmu (k-worker) sebenar menjadi pekerja wang (m-worker).

Walaupun tidak salah mencari rezeki di universiti, tetapi saya rasa ia menyalahi adab berilmu jika universiti di ?peras ugut? oleh pekerjanya untuk mendapat wang yang lumayan semata-mata, tanpa menghiraukan tanggungjawab mendidik terutamanya setelah dilabur puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang tertentu. Dan selepas menjadi pakar, pengaruh ?pasaran? mula menular, dan universiti diberi kata dua ? ?pay or l will leave.? Atau pun sekiranya tugas ilmiah tidak ditindik dengan wang, ramai yang tidak berminat. Kesudahannya universiti seolah-olah batu loncatan sering kekurangan pakar dan kepakaran yang diperlukan. Gejala ini perlu ditangani secepat mungkin apa lagi dengan adanya inistitusi pengajian tinggi yang meningkatkan dewasa ini, dan cara penggajian masih terikat dengan ketat oleh dasar dan prosedur tertentu menjadikannya tidak begitu menarik berbanding peluang ditempat lain. Semangat yang ditunjukkan oleh Ibnu Sina sudah tiada lagi. Di sini lagi sekali kefahaman tentang ?idea? dan ?ideals? sebuah universiti menjadi penting khasnya kepada penggubal dan pelaksana dasar berkaitan pendidikan.

Memetik kata Putera Charles lagi sekali, ?Too often, much of that discussion [among the ubiquitious education experts] focuses exclusively in terms of costs and benefits to the economy, as if human beings ought to become better robots.?

Jelas cukup banyak yang boleh diperkatakan tentang idea sebuah universiti, dan inilah tujuan utama perjumpaan hari ini. Kita bertuah kerana dapat mendengar pembentangan daripada enam orang tokoh intelektual terkemuka di negara dan arena antarabangsa. Tidak kurang juga daripada para peserta yang hadir hari ini atas dasar prihatin tentang masa hadapan universiti Malaysia.

Kita sekarang sudah empat tahun dalam alaf baru. Banyak telah berubah dan terus berubah, tidak terkecuali dunia pendidikan di merata dunia. Di Eropah dengan Bologna Declaration yang direstui oleh 29 menteri pendidikan Eropah mulai 1999; di Amerika Syarikat lebih awal lagi melalui Kellog Commissionya pada 1996 dna disusuli pada thaun 2001, Bengkel pasca-Kellogg untuk pengajian tinggi bertema: ?A Vision for Change.?

Baik UNESCO sekalipun, melalui 1998 World Conference on Higher Education (WCHE) di Paris, dan kemudian World Declaration on Higher Education for the Twenty-First Century: Vision and Action and Framework for Priority Action for Change and Development in Higher Education . Baru-baru pula, WCHE+5, Paris, 2003 .

Malaysia juga tidak ketinggalan, apabila YAB Perdana Menteri sendiri mengajak kita memikirkan hal ini. Beliau dipetik sebagai berkata pada 14 Januari 2004: "Saya percaya kita perlukan tidak kurang daripada revolusi pendidikan bagi memastikan aspirasi menyemai budaya pencapaian dalam sektor awam dan swasta tidak terjejas kerana kegagalan kita menyediakan sumber manusia baru. "

Maka terpulanglah kepada kita untuk memulakan proses ini dan bekerja bersama YAB Perdana Menteri menjadikan Malaysia cemerlang, gemilang dan terbilang, bermula dengan universitinya dilandaskan pada ?ide? dan ?ideals? yang boleh mempermudahkan hasrat murni ini. Insyaalah
Saya percaya dengan adanya para cendiakawan, tokoh dan pemimpin intelektuak bersama pihak Kementerian diketuai oleh Ybhg Dato? Dr Yahaya Nordin sendiri, kata sepakat tentang beberapa idea penting dapat dipersetujui untuk dibawa keprihatinan YB Menteri dan YAB Perdana Menteri dalam menyambut seruannya. Marilah kita berdoa agar usaha murni ini akan diberkati Allah S.W.T. Akhir sekali, saya bagi pihak Universiti, dikalung rasa penghargaan kepada YBhg Dato' Dr. Mohd Yahya Nordin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas kesudian beliau untuk merasmikan majlis kita pada pagi ini. Kepada Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara, pembentang-pembentang kertas kerja dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini, saya turut mengucapkan terima kasih. Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

__earth
30-11-2004, 11:43 AM
THE IDEA OF A UNIVERSITY

TEKS UCAPAN OLEH Y. BHG. PROF. DATO? DZULKIFLI ABDUL RAZAK,
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DI MAJLIS PERASMIAN BENGKEL ?THE IDEA OF A UNIVERSITY? PADA 27 NOVEMBER 2004
DI HOTEL EQUATORIAL, PULAU PINANG
Y. Bhg. Dato? Dr. Mohd Yahya Nordin
Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Dato? Dr. Lin See-Yan
Pro Canselor, Universiti Sains Malaysia

Y. Brs. Dr. Ismail Jamaluddin
Timbalan Pengarah, Bahagian Dasar
Jabatan Pendidikan Tinggi

Y. Bhg. Dato? Prof. Emeritus K. J. Ratnam

Y. Bhg. Prof. Emeritus Dato? Dr. Khoo Kay Kim

Y. Bhg. Dato? Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid

Y. Bhg. Al?Fadil Ustaz Muhammad ?Uthman El-Muhammady

Rakan NC/Rektor serta wakil-wakil universiti dan kolej universiti,
Ketua-ketua jabatan, Dekan-dekan dan hadirin yang dimuliakan, dan rakan media

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah rahmat-Nya kita dapat bersama-sama pada majlis perasmian bengkel ?The Idea of a University: issues, challenges and way forward? yang bermakna ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengalu-alukan Y.Bhg. Dato? Dr. Mohd Yahya Nordin, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Saya juga ingin mengucap terima kasih di atas kesudian beliau merasmikan majlis pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kepada semua pembentang kertas kerja kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi pandangan dan pengalaman dalam bengkel ini.

damn. take a look at that.

and that is just that "thank you" part

digimushu
30-11-2004, 11:47 AM
But it does have some good points...the points we have been talking about in the 'research university thread'...

Liney
30-11-2004, 11:47 AM
Oh nooo....I accidently open a new topic.....the article above was meant under UM USM top global 200 topic....sorry about that!

chenchow
30-11-2004, 12:08 PM
Thanks Liney for sharing with us on this article. By the way, Liney, from which website do you get this article from? I am interested to read the speech from other speakers too!

Thanks!

Liney
30-11-2004, 10:23 PM
Chen Chow,

I got it from USM Homepage. http://www.usm.my

Unfortunately, they posted only Dato Dzulkifli's speech. I will try and ask around whether they have other participant's speech as well.

Dr. Liney
USM

Liney
30-11-2004, 11:01 PM
A seminar on "The Idea of A University" was held in Penang on 27 November 2004 by Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara co-sponsoring also by USM. Besides Prof Dato Dzulkifli, there were 5 other participants;

1.Dato? Dr. Mohd. Yahya Nordin (Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi) - Pembentukan Universiti yang Berdaya Saing Di Peringkat Global: Satu Tinjauan.

2. Tan Sri Dato? Dr Lin See-Yan, Pro Canselor USM also Chairman, Graduate School Alumni Association Council at Harvard University -?The Idea of a University: The Harvard Experience.?

3.Dato? Prof. Dr. Ibrahim Ahmad Badjunid (Universiti Tun abdul razak)

4.Ustaz Muhammad ?Uthman El-Muhammady from International Institute of Islamic Thought & Civilization

5.Prof. Emeritus Dato? Dr. Khoo Kay Kim from Universiti Malaya

6.Dato? Prof. Emeritus K.J Ratnam from USM.

cquayhl
01-12-2004, 09:18 AM
Interesting post. May comment later. In the meantime, just to add another thing to the mix, Newman wrote a book of the same title over a hundred and fifty years ago.

http://www.newmanreader.org/works/idea/

No, of course I haven't read it.

Charis.