View Full Version : Research in education
ruzaiha
25-12-2003, 02:28 AM
Saya ingin bertanyakan beberapa kemusykilan berkaitan kursus UKP(asas penyelidikn dalam pendidikan).Saya berharap agar rakan2 yang pernah mengambil kursus ini atau pensyarah dalam bidang ini dapat membantu saya menjawab beberapa soalan di bawah:
1)Dalam melakukan penyelidikan, kuantitatif perlukah seseorang penyelidik menghuraikan istilah yg dikaji secara terperinci di bahagian pengenalan?
2)Adakah laporan kajian literatur cukup komprehensif sehingga merangkumi perkara perkara yang relevan dengan permasalahan?
3)Perlukah setiap variable di dalam kajian dijelaskan dengan terperinci?
4)Jika pengukuran bagi setiap variable tekal bagaimana ianya dapat ditakrifkan?
5)Adakah penyelidik perlu menjelaskan dengan bukti yang kukuh kepada dapatan kajian?
6)Adakah cadangan kajian lanjutan bertujuan untuk mendapatkan keputusan atau menjawab persoalan daripada dapatan?
miss_wrong
25-12-2003, 02:42 AM
waa..soalan yg bagus!!
chenchow
25-12-2003, 07:13 AM
Welcome miss_wrong and ruzaiha to post in Recom. Hopefully, those Recom members who have taken kursus UKP could share their findings and their opinions. Recom will be a good place for Malaysians of various professions-to-be, to initiate discussion on that respective field.
irene
25-12-2003, 02:57 PM
Saya pernah mengambil kursus UKP di UPM pada tahun 1999 semasa mengikuti pengajian sarjana(Bimbingan dan Kaunseling).Saya akan cuba menjawab soalan saudari berdasarkan contoh penyelidikan yang telah saya lakukan.
1)Kamu perlu mengidentifikasikan adjektif atau lain lain perkataan yang bersangkutan untuk menghuraikan tajuk atau istilah sama ada dari segi positif atau negatif.Contohnya dalam mengkaji motivasi intrinsik di kalangan kelompok pelajar tertentu, penyelidik perlu menghuraikan kumpulan yang dikaji sebagai sukar dikendalikan, tidak bermotivasi atau sukar dikawal.Walaupun tiada bukti untuk menyokong tingkah laku mereka tetapi huraian yg dijelaskan menunjukkan berlaku tingkahlaku negatif di kalangan pelajar tersebut.
2)Teliti berkaitan kajian yg pernah dilakukan.Petik jika ada literatur terkini yang relevan dengan permasalahan kajian anda.Seseorang penyelidik harus berusaha untuk menyatakan kajian literaturnya supaya lebih komprehensif.
3)Sebagai penyelidik, kita perlu mengenalpasti semua variable yang dikaji.Setiap variable perlu dihurai/ditakrif dalam laporan.Contohnya salah satu variable dalam pembelajaran ialah motivasi intrinsik yang mana dapat ditakrif sebagai keinginan untuk belajardisebabkan sifat ingin tahu.Walaubagaimanapun definasi tersebut tidak konsisten dengan definasi definasi lain yang menyatakan motivasi intrinsik ialah keinginan belajar untuk kepuasan yang mana dapat dilihat melalui tingkah laku pembelajaran dan kandungan yang dipelajari.
4)Penyelidik mengkaji tingkah laku dalaman tetapi tidak boleh mentafsirnya dengan jelas.Ini disebabkan adalah mustahil untuk memastikan sama ada ukuran tingkah laku dalaman konsisten dengan definasi yang mereka berikan.
5)Telitikan hipotesis kajian, soalan soalan serta objektif yang dinyatakan dalam laporan.Penyelidik perlu menyatakan satu objektif umum untuk kajian.Ianya dinyatakan dengan jelas tetapi tidak memberikan cukup informasi berkaitan variable yang spesifik yang akan dikaji.
6)Cadangan kajian hendaklah diidentifikasikan supaya penyelidik boleh membuat kajian lanjutan berkaitan tajuk tersebut.
Diharap jawapan saya dapat memuaskan hati saudari atau sekurang kurangnya dapat memberi informasi yang berguna.
vBulletin® v3.7.6, Copyright ©2000-2013, Jelsoft Enterprises Ltd.