View Full Version : Recipe for Variety Kuih Muih
laplace
05-02-2004, 05:57 PM
Apam Balik
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
? cawan gula
? camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 ? cawan air
? camca kecil baking powder
1 cawan kacang tanah (dimesin)- bahan tabur
1 tin jagung - bahan tabur
1 cawan gula - bahan tabur
Sedikit mentega
Cara-cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda, air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan mesin lagi supaya ianya tidak bergentel. Ambil satu senduk dan tuangkan ke dalam kuali kemudian nipiskan. Tutup kuali sebentar. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi. Masaklah hingga kekuningan.
Karipap Ayam
Bahan-bahan:
? kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 ketul isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa
Cara-cara:
Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.
Untuk membuat intinya:
Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
Sedia utk membuat karipap.
Tambahan:
Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
Mentega juga poleh digunakan
Apam Pisang:
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan gula
6 biji pisang
2 cawan tepung gandum
1 camca kecil soda bikarbonat
1 camca kecil baking powder
Secubit garam
Cara-cara:
Pisang dilenyek hingga hancur kemudian masukkan soda, kacau hingga rata. Telur dan gula dipukul hingga kembang, masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Gaul hingga rata kemudian masukkan pisang tadi dan garam. Kukus hingga masak lebih kurang 45 minit.
Tako
Bahan-bahan:
2 biji sengkuang cina (dicincang)
? cawan tepung kacang hijau
daun pandan (bentuk menjadi acuan empat segi)
pewarna hijau
gula
2 cawan santan kelapa
3 sudu tepung jagung
garam
5 cawan air
Cara-cara:
Sengkuang cina, tepung kacang hijau dan gula dibancuh dengan air. Kemudian masak di atas api yang sederhana sehingga pekat. Sesudah masak, tuangkan ke dalam acuan pandan lebih kurang separuh. Untuk kelapa (bahagian atas) Tako, gunakan tepung jagung dan santan secukupnya dan masak. Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang telah dimasukkan separuh tadi.
Tumpi
Bahan-bahan:
1? camca ketumbar
1 camca serbuk jintan putih
5 biji buah keras
5 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa
1 bungkus tepung beras
1 biji kelapa (ambil 3 mangkuk santan)
1 kg kacang hijau (dibersihkan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-cara:
Giling bahan-bahan rempah hingga halus. Ayak tepung beras ke dalam sebuah mangkuk. Kemudian masukkan bahan rempah dan gaul hingga rata. Masukkan santan dan garam, dan kacau rata-rata. Sekiranya adunan agak pekat, tambahkan sedikit air. Panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng dengan nyalaan yang sederhana. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk kecil. Kemudian campurkan dengan satu senduk kacang hijau. Kacau rata-rata. Apabila minyak telah panas, tuangkan sedikit adunan di tepi kuali. Biarkan ia melebar sedikit. Buat begini dua atau tiga keping kemudian tolakkan ke dalam minyak. Gorenglah hingga garing. Setelah garing, angkat dan toskan. Buat begini hingga selesai semuanya.

PeiWen
05-02-2004, 08:22 PM
wow..so many recipes....
i like to eat ondeh-ondeh..or is it oneh-oneh?? whichever...am sure you all know what kuih is it right?
the recipe for it? :wink:

royston
06-02-2004, 07:32 PM
Onde-onde
Bahan-bahan:
300 gm tepung pulut
2 ketul gula melaka - dipotong kecil
20 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
? biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari
Cara-cara:
Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Bubuh gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Jerang air panas hingga menggelegak. Masukkan kuih tadi. Angkat bila kuih timbul dan golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
Onde-onde Labu
Bahan-bahan:
1 biji labu sederhana besar
200 g tepung pulut
1 ketul gula melaka, dipotong dadu
1 periuk kecil air
? biji kelapa parut
Sedikit garam
Cara-cara:
Labu dipotong dadu dan direbus hingga empuk. Lenyek labu sebelum digaul tepung pulut hingga sebati. Buat bebola kecil dan isi tengahnya dengan dadu gula melaka. Masak air di dalam periuk hingga mendidih. Masukkan bebola labu di dalam air mendidih. Angkat apabila ia terapung. Golek bebola labu di atas kelapa parut yang digaul sedikit garam.
Ondek-ondek Keledek
Bahan-bahan:
1 buku keledek (sederhana)
30 gm tepung ubi (diayak)
30 gm tepung gandum (diayak)
1-2 sudu air pandan yang pekat
? keping gula melaka
1/3 gula pasir
3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit ari)
Sedikit garam
8 helai daun pisang
7.5 x 12.5 cm
(3 x 5 in) atau
7.5 x 10 cm
(3x 4 in)
(untuk kelongsong atau bakul)
Cara-cara:
Sediakan keledek
Berus keledek,Rebus atau kukus dengan kulitnya hingga masak.
Sediakan inti & kelapa
Cincang gula melaka & campuran rata-rata dengan gula pasir. Campuran sedikit garam kepada kelapa parut & gaul rata-rata.
Sediakan doh
Apabila keledek telah masak, buangkan telah masak,buangkan kulitnya. Lecek keledek dalam mangkuk adunan. Campurkan tepung & air pandan. Gaul rata supaya menjadi doh yang kental Sediakan air untuk merebusnya dalam periuk. Masak air anggaran 1/2 periuk.
Sediakan kuih
Gelekkan doh di atas papan canai hingga menjadi seperti sosaj panjang dengan diameter yang berukuran yang berukuran 12 mm & kerat menjadi keratan kecil yang sama besar.
Bentukkan tiap-tiap sekeping menjadi bulat kemudian rata-ratakannya sedikit & masukkan adunan gula melaka ke dalamnya bungkus gula & golekkannya supaya menjadi bulat semula.
Buat seperti ini sehingga habis semua doh.
Masukkan dalam air mendidih hingga ia timbul di permukaan air.
Tuskan dengan senduk berlubang & golekkan ke dalam kelapa yang bergaram. hidangkan dalam kelongsong atau bakul daun pisang.

07-02-2004, 01:44 PM
Bahan-bahan:
2 cawan biskut manis yang sudah dihancurkan
100 gm mentega cair
200 gm Philadelphia Cream Cheese
1 bungkus Jelly Lemon
1 sudu besar gelatin
1 tin susu pekat
1 tin besar Nestle's Cream
1 cawan air panas
2 sudu besar air lemon
Cara-cara:
1. Campurkan biskut manis dan mentega cair sambildigaulkan hingga rata dan ditekankanadunan ini ke dalam acuan dan sejukkan sehingga keras didalam peti sejuk.
2. Kacau Cream Cheese hingga cukup lembut. Cairkan Jelly Lemon dengan gelatin serta 1 cawan air panas.
3. Campurkan air lemon ke dalam Nestle's Cream sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan Cream Cheese. Tuangkan adunan ini ke dalam acuan yang berisicampuran biskut manis tadi.
5. Setelah itu sejukkan kembali ke dalam peti sejuk selama 3 jam atau sehari semalam.Setelah itu bolehlah dibakar hingga masak.
6. Masukan kedalam oven dan bakar hingga masak.

vBulletin® v3.7.6, Copyright ©2000-2012, Jelsoft Enterprises Ltd.