ReCom.org
Portal Page Forum Wiki Social Groups Scholarship Holders Infobase Site Map About
Go Back   ReCom.org > Forum > ReCom Cafe > Education > Scholarships

Scholarships A place to find out about scholarships available for Malaysians

Preparation for KPLSPM interview 2008

Reply
 
Thread Tools
kwenying900103
Less Junior Member
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 78
  #51 Old 02-05-2008 Default

falsafah pendidikan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Misi Kementerian pelajaran
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamat
Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.
Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?...o=BPG&mod=baca
this may help

Last edited by kwenying900103; 02-05-2008 at 10:55 AM. Reason: Automerged Doublepost
kwenying900103 is offline   Reply With Quote
The Following 2 Users Say Thank You to kwenying900103 For This Useful Post:
starlemon
Slightly Senior Member
 
starlemon's Avatar
 
Join Date: Jan 2008
Posts: 651
  #52 Old 02-05-2008 Default

this may be helpful for those who are going for the interview.


1 Mei 2008 (Oleh Syuhada Choo Abdullah -Berita Harian):
Kementerian tumpu pengukuhan kemahiran melalui kaedah EMS

KEMENTERIAN Pelajaran selesai melaksanakan kursus English for the Teaching of Mathematics and Science (ETeMS) membabitkan kira-kira 122,000 guru mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata latihan itu dijalankan sejak 2002 sehingga tahun lalu selaras pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Berikutan itu, katanya, kementerian kini menumpukan latihan kepada guru terbabit menerusi program bimbingan dan sokongan, English for Mathematics and Science (EMS), mulai 2007.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengisian program itu memfokus kepada pengukuhan terhadap sebilangan guru yang sudah mengikuti ETeMS tetapi penguasaan mereka masih perlu dipertingkatkan.

Program ini dijalankan secara on-site di mana guru berkenaan akan mengikutinya di sekolah, antara lain menerusi sistem bimbingan taulan membabitkan kerjasama dan bantuan guru subjek Bahasa Inggeris.

Ini adalah suatu usaha berterusan. Selain itu, BPG turut mengambil inisiatif membina modul khusus kepada mereka.

BPG menyediakan garis panduan penggunaan modul pembelajaran akses kendiri kepada guru berkenaan mengikut tahap penguasaan masing-masing.

Tahap itu meliputi tiga modul iaitu permulaan, pertengahan dan lanjutan dengan tema tertentu yang perlu diikuti guru terbabit.

Dalam konteks ini, pihak sekolah sendiri berperanan mengenal pasti guru yang perlu mengikuti EMS, katanya kepada Berita Harian di Putrajaya.

Berkaitan perkembangan itu, Asariah berkata, kementerian kini lebih menjurus ke arah pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru secara berasaskan sekolah.

Sambil menjelaskan pelbagai kaedah digunakan dalam pelaksanaan itu seperti sistem bimbingan taulan dan modul pembelajaran akses kendiri, katanya, langkah terbabit antara lain bertujuan mengurangkan kadar ketiadaan guru di sekolah ekoran menyertai kursus seumpama di luar.

Selain itu, beliau berkata, ia juga sebagai inisiatif sekolah mengenal pasti jenis kursus diperlukan guru mereka, bukan saja bagi pelaksanaan PPSMI tetapi mencakupi semua subjek lain.

Latihan dalam perkhidmatan ini wajar kerana pengetua dan guru besar lebih maklum aspek latihan peningkatan profesionalisme yang diperlukan guru di sekolah masing-masing.

Bagi pelaksanaan ini, BPG menyediakan garis panduan dan bantuan diperlukan, selain memperoleh kerjasama daripada pihak jabatan pelajaran negeri serta pejabat pelajaran daerah, katanya.
__________________
~He who sows courtesy reaps friendship, and he who plants kindness gathers love~
St. Basil
starlemon is offline   Reply With Quote
The Following 2 Users Say Thank You to starlemon For This Useful Post:
ballackahn
Super Junior Member
 
Join Date: Apr 2007
Posts: 6
  #53 Old 02-05-2008 Default

insak is just a psycho test. nothing else.
u dun have to study for it.
questions inside involves ur daily routine, and action.
they just wanna know ur character, and whether it suits to be a teacher.
time is short for the number of question, so better be fast.
i went through it as part of my interview for TESOL scholarship in which i am successful in it.
ballackahn is offline   Reply With Quote
herm
Member
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 363
  #54 Old 02-05-2008 Default

TESOL is what?
do u mean that we dun nid to buy that INSAK book?
herm is offline   Reply With Quote
jun
Member
 
Join Date: Mar 2005
Posts: 416
  #55 Old 02-05-2008 Default

it tot its TESL...Teaching English as a Second Language
jun is offline   Reply With Quote
vseehua
The Student
Administrator
 
vseehua's Avatar
 
Join Date: Jun 2004
Posts: 5,883
  #56 Old 02-05-2008 Default

Quote:
Originally Posted by herm View Post
TESOL is what?
do u mean that we dun nid to buy that INSAK book?
Teachers of English to Speakers of Other Languages
__________________
"Never argue with an idiot (or a troll)… they’ll just drag you down to their level and beat you to a pulp with their experience." -Internet 1:1

It is always good to be naive, for when we cease to be naive, it is the end of life as we know it!

Check out our ReCom wiki!
Do contribute by writing or editing the existing articles so that everyone now and in the future can benefit from it!
vseehua is offline   Reply With Quote
JYHee Female
Member
 
JYHee's Avatar
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 252
  #57 Old 02-05-2008 Default

i bought the book today...and the questions are quite trick...so better be carefull....^^
JYHee is offline   Reply With Quote
herm
Member
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 363
  #58 Old 02-05-2008 Default

how tricky?mind to gv examples?
since u had bought the book,do u think we shd buy it as well?what is ur opinion?
herm is offline   Reply With Quote
yummyummylicious
Member
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 281
  #59 Old 02-05-2008 Default

i bought the book too...
there are some tricky questions but i personally think that actually both answers can be accepted ... judge this yourself:
~ Ada pengalaman pahit, perlunya kadang kala mengingat kembali.
Answer given : Tidak setuju

~ Biar lambat selesaikan kerja, asalkan sempurna.
Answer given : Tidak setuju

~ Jika saya ditimpa nasib malang, saya akan berdoa.
Answer given : Tidak setuju

~Untuk mendapat sesuatu yg saya idamkan, saya rela melakukan apa-apa kerja.
Answer given : Tidak setuju

~Tugas utama guru ialah mendidik murid menjadi insan yg cerdas.
Answer given : Tidak setuju

These are some questions that i think the answer can be 'setuju' or 'tidak setuju'...i guess this is what called 'tricky questions' So basically these are some of the sample questions in the book...hope this help...
__________________
As Above, So Below ;
As Within , So Without.

Last edited by yummyummylicious; 06-05-2008 at 01:39 AM.
yummyummylicious is offline   Reply With Quote
The Following User Says Thank You to yummyummylicious For This Useful Post:
JYHee Female
Member
 
JYHee's Avatar
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 252
  #60 Old 03-05-2008 Default

Quote:
Originally Posted by herm View Post
how tricky?mind to gv examples?
since u had bought the book,do u think we shd buy it as well?what is ur opinion?
well, i actually bought two. One is the 19.90 one...another is 6,90...its sort of like evercise only...well, i think you all should buy and try out the question....the another book has some notes behind that might really help during the interview. It is about education's history...m'sia's history...there were some current issue as well...it was published in MARCH 2008 so it is all up to date....

well...Anybody wanna share what did they wrote for the penyataan hasrat??? About the sumbangan....what u guys are gonna write?

Tips INSAK http://www.ekpli.comINSAK ataupun dikenali juga sebagai Inventori Sahsiah Keguruan adalah ujian pantas yang bertujuan untuk menguji kesesuaian calon untuk profesyen perguruan. Calon hendaklah menjawab kesemua soalan dalam masa yang telah ditetapkan dan markah lulusnya adalah 80%. Setelah 2 tahun memberikan konsultansi dan bimbingan KPLI kepada calon-calon 2006 dan 2007, saya mendapati majoriti calon menghadapi masalah untuk menjawab soalan-soalan INSAK yang mengelirukan. Di sini diberikan contoh beberapa soalan dan cara menyelesaikannya.================================= ===============================Contoh soalan INSAK mengelirukan

1. Saya akan meletakkan kereta di kawasan letak kereta pengetua sekiranya tempat tersebut kosong dan kawasan lain sudah penuh.Jawapan : TidakSoalan ini menguji anda dari aspek etika kerja dan tanggunjawab terhadap ketua/rakan sejawat. Anda tidak boleh sewenang-wenangnya meletakkan kereta di tempat yang sudah dikhaskan untuk ketua jabatan ( pengetua/guru besar) walaupun keadaan memaksa. Ini akan menunjukkan contoh yang buruk kepada murid-murid serta rakan sekerja lain, menunjukkan anda bersikap kurang hormat kepada ketua dan dan tidak beretika.

2. Saya akan ketawa sekiranya guru-guru lain membuat lawak lucah di kantin sekolah
Jawapan : TidakWalaupun secara realiti, majoriti calon lebih cenderung untuk menjawab ketawa tetapi untuk kes sebegini, jawapannya adalah tidak. Guru seharusnya memiliki sifat keluhuran dan mempunyai pekerti yang mulia. Kelucahan adalah sesuatu yang sangat berat kesnya di sekolah dan tidak seharusnya dijadikan budaya untuk dibuat lawak, lebih-lebih lagi di kantin sekolah di mana terdapat murid-murid dan pekerja-pekerja sekolah/kantin yang dapat melihat perbuatan itu secara terbuka. Ini akan menjejaskan reputasi seseorang guru.

3. Saya lebih suka menyimpan perasaan tidak puas hati, marah dan dendam daripada menunjukkannya secara terbuka dan secara berdepan.
Jawapan : TidakSoalan ini lebih kepada kebolehan calon untuk mengawal emosi ketika marah dan dalam situasi lain yang bersifat destruktif. Pedagodi pengajaran ada menyentuh tentang sifat mengawal emosi di hadapan murid dan rakan sekerja yang lain di mana adalah lebih baik sekiranya anda mampu mengawal gelodak perasaan ini tetapi anda tidak harus memendamnya di dalam hati. Emosi destruktif ini boleh dineutralkan dengan melakukan aktiviti-aktiviti sukan dan riadah, mendapatkan kaunseling daripada rakan sejawatan dan meluangkan diri untuk membuat ibadah. Ia tidak wajar disimpan kerana lama kelamaan ia akan 'meletup' dan boleh menjadikan guru itu mengalami tekanan perasaan dan sakit jiwa. Kenyataan yang sepatutnya ialah : Saya tidak suka menyimpan perasaan marah,tidak puas hati dan dendam namun saya tidak akan meluahkannya secara terbuka tetapi meluahkannya melalui aktiviti-aktiviti lain yang berfaedah dan tidak bersifat destruktif.

4. Saya suka membaca bahan bacaan bersifat abstrak dan berunsurkan ilmiah yang memerlukan saya untuk berfikir.Jawapan : YaSeorang guru sewajarnya sentiasa manambah pengetahuan dalam pelbagai bidang dan sentiasa menggunakan otak untuk berfikir. Ini selaras dengan wawasan pendidikan yang memerlukan guru yang kreatif dan inovatif. Pembacaan yang memerlukan proses berfikir adalah kaedah terbaik untuk mengasah minda dan menjadikan proses berfikir secara kritis dan analitis mudah berlaku. Malah, pihak kementerian sentiasa menyediakan modul-modul pengajaran terbaru untuk kegunaan guru-guru, menganjurkan sesi-sesi latihan dan kursus ketika dalam perkhidmatan dan menganjurkan pertandingan anugerah guru inovatif setiap tahun untuk melahirkan golongan pendidik yang mampu mencipta formula-formula pembelajaran berkualiti yang akan menyumbang kepada proses pembestarian sekolah menjelang 2020 nanti.

Last edited by JYHee; 03-05-2008 at 01:35 AM. Reason: Automerged Doublepost
JYHee is offline   Reply With Quote
The Following 4 Users Say Thank You to JYHee For This Useful Post:
Reply

Bookmarks

Thread Tools

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
JPA 2008: Interview Experience Sharing Shn Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Scholarships 332 03-06-2008 11:18 PM
JPA 2008: Interview Shortlist Released! yanagii Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Scholarships 230 09-04-2008 10:42 AM
ntu scholarship interview 2007/2008 nicodemus Education 12 11-04-2007 10:35 PM


All times are GMT +8. The time now is 04:36 PM.


Powered by vBulletin® Version 3.7.6
Copyright ©2000 - 2020, Jelsoft Enterprises Ltd.

ReCom stands for Reborn Community. It has no affiliation with other organizations that may share the same name. The views expressed in this website solely represent the authors point of view and do not necessarily reflect the views of ReCom Anchors and other ReCom users.


 

Page generated in 0.11948 seconds with 15 queries